79399,76364

Trilogi Murtad #3: QISAS

Trilogi Murtad #3: QISAS

您的評分:


出版日期:2015/05/18
出版:Buku Fixi / FIXI
作者:Hasrul Rizwan
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
頁數:82
產品類型:電子書
檔案格式:EPUB(適合手機)

零售

)檢舉
免費試閱
嵌入閱讀器至您的網頁

內容簡介

Buku terakhir dalam Trilogi MURTAD

“Hang nak cari sebab untuk bunuh depa la ni?”

“Bukan sebab…. tapi lesen.”

Derap tapak kaki Adam kedengaran kuat menginjak pelantar kayu menuju ke tingkat bawah. Satu persatu anak tangga dituruni menuju ke arah Akhil sambil menjinjing buku dengan senyuman yang puas.

“Setiap daripada depa empat orang ni pernah membunuh dan takdak satu pun yang pernah dijatuhkan hukuman.” Adam menjulang buku sambil menunjukkan gambar yang terlekat di dinding.

Langkahnya dimatikan di hadapan Akhil yang masih tercangak-cangak. Buku itu diselak dan diangkat separas wajah adiknya yang tersentak gamam. Dengan mata yang membulat Akhil membaca tajuk yang tertera di helaian yang dibuka.

作者介紹

Hasrul Rizwan yang juga dikenali dalam dunia siber sebagai Mat Gorn, seorang blogger yang penyegan untuk menaik muat posting terbaru di manapiranha.blogspot.com. Dilahirkan di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Melaka sejak kecil selama 16 tahun di sebuah Kem tentera Komando, Hasrul disajikan dengan aksi para tentera semenjak kecil. Bergelut melihat darah, bertarung hidup dan kaya dari segi selok belok ketenteraan menjadikannya seorang pencerita yang lantang.

Separuh umurnya dihiburkan di dalam kem bersama teman yang sama, berbual perkara yang sama dan bermain dengan permainan yang sama cukup membuatkan Hasrul untuk baligh awal dari masanya. Ya, Seorang cerpenis dalam genre Komedi hitam, satira, erotika dan juga bercorak fast paced. Murtad adalah cubaan pertamanya untuk keluar dari daerah cerpen yang telah bertahun beliau berkasih sayang.

留言Facebook 留言