174161,158913

Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan (Edisi Ketiga)

Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan (Edisi Ketiga)

您的評分:


出版日期:2011/03/08
出版:Penerbit UPSI
作者:Md Amin Md Taff
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
頁數:185
ID:174161
產品類型:電子書
檔案格式:PDF(適合平板) / EPUB(適合手機)
下載選項:Adobe DRM

結帳再折 NT$ 53
Pubu年度感謝祭85折

)檢舉
免費試閱
嵌入閱讀器至您的網頁

內容簡介

Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Ketiga ini merupakan kesinambungan dari edisi awal yang diterbitkan pada tahun 2006. Berkat sokongan pembaca, Iebih 7000 naskhah edisi pertama dan kedua telah terjual di seluruh negara. Manual ini bukan sahaja dijadikan sumber rujukan utama di Malaysia malah di Indonesia dan Brunei Darussalam.Sejajar dengan perkembangan semasa sukan kayak yang amat pesat, Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Ketiga ini dihasilkan khusus untuk memberikan pendedahan awal kepada para penggiat sukan kanu tentang teori asas dan teknik berkanu. Kandungan buku ini digarap khusus berdasarkan Kurikulum Pendidikan Kanu Kebangsaan yang digubal oleh Persatuan Kanu Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fokus utama penerbitan buku ini amat selaras dengan kurikulum tersebut iaitu untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran aktiviti kayak secara sistematik dan saintifik. Pelbagai maklumat terbaru aktiviti berkayak dimuatkan dalam Edisi Ketiga ini. Antaranya ialah perincian evolusi reka bentuk kayak masa kini, pengurusan risiko dalam aktiviti berkayak, penerangan terperinci tentang morfologi laut, cadangan pelbagai permainan kreatif serta pertambahan gambar berwarna yang berlatar belakangkan senario berkayak di Malaysia. Selain itu, maklumat terdahulu yang merangkumi sejarah, peralatan, teknik berkayak, morfologi alam dan kepelbagaian disiplin sukan kanu telah diperkemas berdasarkan perkembangan terkini. Pengolahan bahasa yang mudah dan ringkas menjadikan buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh semua sama ada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun badan-badan profesional yang terlibat dalam aktiviti kayak dan rekreasi air di seluruh negara. Semoga Manual Pendidikan Kanu Kebangsaan Edisi Ketiga ini dapat dijadikan panduan asas jurulatih dan penggiat aktiviti kayak khusus untuk membangunkan aktiviti kayak negara di samping melahirkan penggiat kayak yang berilmu.

留言Facebook 留言

問問題