79360,76325

HIKAYAT RAJA BABI

HIKAYAT RAJA BABI

您的評分:


出版日期:2015/04/23
出版:Buku Fixi / FIXI
作者:USUP ABDUL KADIR
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
頁數:103
產品類型:電子書
檔案格式:EPUB(適合手機)

零售

)檢舉
免費試閱
嵌入閱讀器至您的網頁

內容簡介

Hikayat Raja Babi ditulis pada 1775 oleh seorang pedagang yang sedang berlayar dari Semarang ke Palembang. Buku ini merupakan versi tulisan Rumi yang pertama di dunia.
Hikayat berunsur aksi-fantasi-mistik ini menceritakan adventur seorang putera yang telah disumpah untuk lahir sebagai seekor babi. Sifat fizikalnya itu membuat bapanya sendiri jijik dan malu, tapi kepandaiannya berpantun sebaik saja keluar dari perut ibunya membuat semua orang kagum. Biarpun dicampak ke dalam hutan atas nasihat para nujum, putera babi ini diselamatkan dan dibesarkan di istana yang lain.
Raja Babi melalui pelbagai cabaran dan berperang dengan pelbagai pihak. Adegan-adegan perang yang melibatkan aksi terbang dan letupan ini sangat ganas dan mirip Dragon Ball.
Raja Babi mula dikenali dan disegani di kalangan kawan dan lawan. Tapi adakah sebab dia merupakan seekor babi, dia turut disumpah untuk tidak dapat bercinta?
* Selain versi cetak berilustrasi ini, teks lengkap ini boleh anda download sebagai ebook percuma di beberapa laman web dan app seperti Smashwords, Google Play, E-Sentral, Bachabooku dan Kaki Buku (Appstore). Karya ini tiada hakcipta dan anda bebas untuk mencetak, menjual semula, menterjemah ke bahasa lain atau mengadaptasi ke medium lain seperti drama TV petang-petang tanpa meminta izin sesiapa.

作者介紹

Seorang pedagang kelahiran India Muslim yang menetap di Semarang (yang kini dalam negara Indonesia) pada lewat kurun ke-18.

留言Facebook 留言