Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional

Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional

Penerbit UPSI

Ilmu Landskap Melayu dalam Karya Sastera Tradisional

Penerbit UPSI


簡介

Masyarakat Melayu zaman dahulu memang terkenal dengan kehebatan dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada dalam bidang perubatan, ilmu falak, ilmu persenjataan, ilmu perang, ilmu pertukangan dan banyak lagi. Buku ini mengupas tentang kehebatan masyarakat Melayu zaman dahulu dalam ilmu landskap dengan bersumberkan karya sastera Melayu tradisional yang julung kali dibahaskan. Karya sastera Melayu tradisional menunjukkan bahawa masyarakat Melayu zaman dahulu telah mempunyai kepandaian dalam ilmu mengenal tapak dan juga ilmu menggubah landskap. Dalam hal ini, mereka mempunyai justifikasi tersendiri dalam menentukan sama ada sesebuah kawasan sesuai didirikan rumah, kota, atau istana berdasarkan warna dan rasa tanah, arah kedudukan matahari, aliran air, susuk bumi dan sebagainya. Masyarakat Melayu zaman dahulu juga telah pandai menggubah landskap sesebuah bandar, istana dan taman dengan prinsip-prinsip tersendiri, sesuai dengan keperluan hidup mereka. Yang paling penting buku ini mengetengahkan prinsip ilmu landskap Melayu berdasarkan karya sastera Melayu tradisional yang menarik untuk dibahaskan dengan lebih lanjut sebagai satu lagi daripada kearifan tempatan Melayu. Buku ini sesuai untuk bacaan pelajar, pensyarah, pengkaji budaya dan sastera dan orang awam yang berminat tentang kearifan tempatan Melayu terutama berkaitan landskap warisan.

月費吃到飽

飽讀本刊與萬本好書、雜誌

每月 NT$91

立即訂閱
資訊
出版日期
語言
Bahasa Melayu(馬來文)
產品類型
電子書
檔案格
epub
頁數
526
ID
203166
Please wait...