Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20

Penerbit USM

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20

Penerbit USM


簡介

"Buku AKHBAR DAN TOKOH PERSURATKHABARAN MALAYSIA KURUN KE-20 ini telah dihasilkan oleh 16 orang sarjana dalam bidang sejarah, kewartawanan, penerbitan, politik dan kesusasteraan daripada beberapa buah universiti di Malaysia. Kandungannya rencam dan pelbagai dan cakupannya luas dan menyeluruh. Buku ini meleraikan kebuntuan tentang banyak perkara berkaitan dengan sejarah dan peranan akhbar dan majalah di Malaysia dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dalam kurun ke-20. Banyak maklumat tentang asal usul penerbitan akhbar di Malaysia sejak awal kurun ke-19 turut disertakan.

Selain daripada sejarah persuratkhabaran secara umum, buku ini menghurai dan mengupas latar belakang, perjuangan dan peranan sebilangan individu atau kumpulan yang telah bergiat dalam penerbitan akhbar dan majalah di Semenanjung, Singapura, Sabah dan Sarawak sama ada sebagai penerbit, pengarang, wartawan, atau penulis bebas yang menjadikan akhbar sebagai wahana perjuangan sosial dan politik dalam kerangka pergerakan yang luas dan menyeluruh sebelum, menjelang dan selepas kemerdekaan.

Antara tokoh yang dibicarakan termasuklah peneraju awal akhbar Melayu seperti Munsyi Abdullah, Muhammad Said bin Dada Muhyiddin, para penggiat sosial dan politik kurun ke-20 seperti Sayyid Syaikh Al-Hadi, Haji Abbas Muhammad Taha, Muhammad Yunus Abdullah, Ibrahim Haji Yaakob, Burhanuddin Al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Mohammad, Zakaria Gunn, K. Bali, Jamdin Buyong, A. Samad Ismail, Donald Stephens, Zainun Sulaiman, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim, dan ramai lagi. Turut dicerakin ialah kegiatan dan sumbangan beberapa tokoh yang menjayakan penerbitan akhbar Cina dan Tamil seperti Hu Yuzhi, Miao Xiu, O.A.R. Arunasalam Chettier dan G. Sarangapany.

Buku ini sesuai ditelaah para penyelidik dan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi, para guru, peneraju akhbar, wartawan, ahli politik, pegawai awam, pelajar sekolah menengah dan seluruh masyarakat yang cinta dan dahagakan ilmu dan maklumat tentang sejarah negara pada masa lampau."

月費吃到飽

飽讀本刊與萬本好書、雜誌

每月 NT$91

立即訂閱
資訊
出版日期
語言
Bahasa Melayu(馬來文)
產品類型
電子書
檔案格
epub
頁數
232
ID
109581
Please wait...