Top

Pubu飽讀電子書

Sinkritisme dalam Wayang Wong Johor

出版日期:2012/01/01
出版:Penerbit USM
作者:Mohd Kipli Abdul Rahman
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:126
ID:95811

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

"Berapa ramaikah antara kita yang pernah mendengar tentang wayang wong? Walaupun wayang wong berasal dari Indonesia namun dramatari ini telah lama bertapak di Malaysia dan masih aktif dipersembahkan khususnya di negeri Johor. Bagi peminat dan penggiat seni, buku ini sangat sesuai dimiliki kerana ia merupakan satu-satunya buku dalam pasaran kini yang mengupas tentang wayang wong yang terdapat di negeri Johor.

Sinkritisme dalam Wayang Wong Johor mengajak pembaca mendalami seni dramatari yang merangkumi elemen-elemen kepercayaan seperti mitos, magis, mistik dan ritual bagi tiga pengaruh keagamaan, iaitu animisme, Hindu dan Islam. Buku ini turut meninjau sejauh mana budaya tempatan telah mempengaruhi bentuk dramatari ini sehingga ia mampu menjadi satu bentuk teater yang tersendiri.

Ilustrasi berwarna seperti kostum watak-watak bersama aksesori dan senjata merupakan antara keistimewaan buku ini di samping ilustrasi lain dapat mengukuhkan pemahaman pembaca.

Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca kerana wayang wong dipersembahkan bukanlah sekadar untuk hiburan malah mendidik masyarakat supaya melakukan kebaikan melalui cerita-cerita yang disampaikan dan seterusnya menyumbang kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan teater tradisional di Malaysia."

您可能會喜歡

留言Facebook

顯示更多