Top

Pubu飽讀電子書

Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan tamadun Islam

出版日期:2010/01/09
出版:UTM / UTM Press
作者:UTM
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:128
ID:87043

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Era kegemilangan tamadun Islam menyaksikan masyarakat Islam mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk sains. Kejayaan dan pencapaian para saintis Muslim dalam era tersebut adalah ditunjangi oleh proses pendidikan yang mantap dan bersepadu yang dilalui oleh mereka. Penelitian terhadap latar belakang pendidikan saintis Muslim era kegemilangan tamadun Islam adalah penting untuk mendapatkan penjelasan tentang kurikulum pendidikan yang dilalui. Biografi tokoh–tokoh saintis Muslim adalah sumber utama yang dapat menjelaskan tentang proses pendidikan mereka dari sudut bidang ilmu yang dipelajari dan institusi pengajian tempat mereka mendapat pelajaran dan latihan. Ringkasnya, kajian biografi para saintis Muslim merupakan kunci utama untuk mengetahui maklumat pendidikan mereka. Karya ini menampilkan sejarah dan latar belakang pendidikan beberapa orang saintis Muslim yang muncul pada era kegemilangan tamadun Islam, antaranya al–Razi, Ibn Sina, al–Biruni, dan Ibn Rushd. Fokus penulisan buku ini tertumpu kepada aspek pendidikan para saintis Muslim dengan memfokuskan kajian terhadap dua aspek utama, iaitu latar belakang pendidikan tokoh–tokoh saintis Muslim dan peringkat pendidikan yang dilalui oleh mereka. Kajian mengenai peringkat pendidikan yang meliputi peringkat asas, menengah, dan tinggi (termasuk universiti dan lanjutan) dibuat secara lebih khusus dengan melihat kepada kurikulum pendidikan dan bentuk pengajian di setiap peringkat. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar, guru dan pensyarah, serta pembaca umum yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang proses pendidikan yang dilalui oleh para saintis Muslim pada era kegemilangan tamadun Islam.

留言Facebook

顯示更多