Top

Pubu飽讀電子書

AKU MAHU KE SEBERANG: SUARA HASHIM YAACOB

出版日期:2018/08/03
出版:itbm / ITBM
作者:Zahari Affandi
語言:Bahasa Melayu(馬來文)
檔案格式: PDF(適合平板)
頁數:243
ID:131713

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Seorang anak desa yang dibelit kemiskinan keluarga. Budu dengan ikan tawar bakar menjadi juadah harian. Kadang-kadang belalang kunyit di baruh menjadi lauk untuk dinikmati sekeluarga. Ayahnya, seorang lelaki Melayu kampung tetapi punya rasa cinta akan watan yang menggunung tinggi dan tidak mahu anak lelakinya ini mewarisi kemiskinan keluarga. Lalu, pelajaran dan pendidikan menjadi keutamaannya dalam membesarkan anak-anak.

Memoir ini berkisah tentang orang Melayu di kampung, yang tersisih oleh dasar Pecah dan Perintah penjarah rakus yang tidak peduli akan nasib anak peribumi. Lalu, hanya dengan ilmu anak-anak peribumi ini dapat membela bangsa sendiri.

Memoir ini boleh dijadikan inspirasi anak bangsa dalam menongkah arus kehidupan. Onak duri di sepanjang jalan bukanlah penghalang untuk mara sehingga ke hujung. Kecekalan, ketabahan, kesabaran, dan reda dengan apa-apa yang diberikan Maha Berkuasa menjadi kunci menggapai kejayaan. Ini kisah tentang seorang professor, seorang paka pergigian bertaraf dunia, seorang pentadbir, seorang tok dalang, seorang penulis, dan seorang pelukis. Ini memoir tentang Dato' Professor Emiritus Dr. Hashim Yaacob, intan berkilau yang berasal dari tanah kampung yang berlumpur.

留言Facebook

顯示更多