Top

Pubu飽讀電子書

Bahasa Mandarin III

出版日期:2019/01/07
出版:UMT / Universiti Malaysia Terengganu
作者:Nurul Ain Chua Abdullah
語言:簡體中文
檔案格式: EPUB(適合手機)
頁數:292
ID:160099

月費吃到飽

每月91元起
立即訂閱
※站內所有提供的內容皆為電子書版本。

內容簡介

Penghasilan modul ini bersandarkan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan telefon pintar (smartphone). Modul ini dibahagikan kepada lapan tajuk seperti Pasar, Menonton televisyen, Balik kampung, Bertanya arah, Berapa jauh dan berapa lama? Melancong, Malaysia dan di Pejabat. Modul kod QR diwujudkan sesuai dengan cara pembelajaran generasi kini yang bergelar pengguna digital. Ini kerana pelajar milenium ini lebih fokus dan cekap dengan penggunaan teknologi masa kini. Modul ini ‘hidup’ kerana setiap bab diberikan kod QR yang mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran seperti gambar berwarna, rakaman audio, video dan tulisan text bagi tajuk-tajuk yang berkaitan. Pelajar perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi kod QR ke dalam telefon pintar agar dapat mengimbas kod tersebut bagi mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan. Setiap bab dimulai dengan panduan pengajaran dan pembelajaran termasuk perbendaharaan kata serta ayat yang berkaitan. Di samping itu, modul ini turut menyediakan beberapa jenis latihan sebagai pengukuhan bagi setiap topik yang telah dipelajari. Pada akhir setiap bab turut disediakan latihan menulis karakter Cina (hanzi) bagi memantapkan lagi kemahiran menulis. Panduan kosa kata dan ayat bagi setiap topik dalam Bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris turut disediakan di akhir modul ini.

留言Facebook

顯示更多